31 August 2010

cakap tak serupa bikin malikul sembab....Tindakan tegas ke atas perbuatan yang mencetuskan sentimen perkauman

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat mana-mana pihak yang membangkitkan sentimen perkauman di negara ini supaya ia tidak mencetuskan akibat yang buruk. Beliau berkata tindakan tegas harus dikenakan secara berterusan sungguhpun ia sudah lama berkuatkuasa.

Hal ini kerana sekiranya perbuatan sedemikian berterusan, rakyat akan berasa gelisah dan akan menyebabkan ketidakseimbangan di kalangan masyarakat. Muhyiddin berkata demikian berikutan pemuda dari Muar, Johor yang dikenali sebagai Namewee menghasilkan video klip yang menyentuh isu perkauman.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata perhatian serius perlu diberikan kepada isu sedemikian kerana perbuatan sebegini boleh membangkitkan perasaan bimbang dan gelisah di kalangan rakyat.


penyapu sial

Wahhhh.... sudah masuk babak seterusnya, babak PUJUK MEMUJUK. Muhidin pak din, Pengetua yang Rasis pun you belum buat action.

Biasalah strategi UMNO, BUAT KACAU dahulu , lepas tu pura-pura memujuk/jadi HERO, cuba mengelabui rakyat. Rakyat yang TIDAK BERAKAL seprti UMNO akan ikut je.

Siap menangis,.Teringat drama kak fidah dgn cchdet dahulu kala, lakonan hebat, sepanjang zaman. Kejap lagi pencacai UMNO akan bersuara, berpadu suara ' KITA HARUS MEMPERTAHANKAN PERPADUAN< KITA HARUS MENCINTAI MALAYSIA< INI BUMI KITA, TEMPAT LAHIR KITA' hahahahaha. PM Najib dah bersuara ke? sebentar lagi keluar la tu, BAB MERDEKA, GERENTI PUNYA.

No comments:

Post a Comment