20 August 2010

Dakwaan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Guan Eng tidak benar

Dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan digantikan dengan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dinafikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abdul Malik Kassim, siasatan mendapati tiada masjid yang menyebut nama Lim semasa melakukan doa khutbah Jumaat. Beliau menjelaskan bahawa teks khutbah Jumaat yang diperoleh khatib disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Teks berkenaan tidak pernah menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama ketua menteri. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak atau menerima arahan untuk berbuat demikian.



penyapu sial


Entahlah, bagi gua UMNO mesti dikuburkan pada pru13 nanti sebab malapetaka akan menimpa jikalau UMNO terus memerintah.

No comments:

Post a Comment