Umno sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk menjayakan pelaksanaan dasar gaji minimum terutamanya dalam sektor perkilangan. Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, pelaksanaan itu merupakan salah satu langkah untuk memastikan semua pekerja dalam sektor swasta mendapat gaji yang selaras dengan taraf hidup masa kini.
Gaji pokok sebanyak RM300 yang diterima oleh kebanyakan pekerja sektor perkilangan di Malaysia yang sudah ditetapkan oleh majikan 35 tahun lalu adalah terlalu rendah dan jumlah itu nyata berada di bawah tahap kemiskinan iaitu kira-kira RM700 sebulan.
penyapu sial
Umno dan Kementerian Sumber Manusia adalah golongan yang sama bodoh. Kebanyakkan rakyat malaysia yang berkerja disektor swasta masih menerima gaji pokok dalam lingkungan rm300 hingga rm400 kecuali beberapa kilang mega yang menjanjikan gaji pokok rm 600 keatas..
Gaji ini hanya layak diberikan kepada pekerja 30 hingga 35 tahun dahulu.. Pada era jika seorang pekerja menerima ini gaji pokok 300 sebulan pasti tak cukup makan dan hidup serba kekurangan tambah yang sudah kahwin dan mempunyai beberapa anak.. Majikan2 pula mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil dari memerah keringat pekerja2 ini namun mereka menerima gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan... Mampus lah rakyat malaysia, sudah berapa puluh kali harga minyak sudah naik
(dikurangkan subsidi dalam bahasa Umno) dan harga barangan turut naik namun pekerja masih menerima hasil seperti 35 tahun dulu semasa kilang mula2 dibuka di shah alam...
Ini ke juara rakyat?
No comments:
Post a Comment