16 September 2010

nasib baik tak dapat bekalan C4.....kalau tak dah lama mangsa jenayah bunuh dan bakar tu ikut gaya boyfriend altantuya

Semenjak kes Altantuya berlaku beberapa tahun kes bunuh dan bakar terus menular dan seolah-olah menjadi budaya di negara kita. Tidak cukup kekejaman membunuh manusia sanggup membakar mayat menjadi abu satu perbuatan yang lebih dari kejam yang tidak dapat saya luahkan dengan perkataan. Pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain adalah rentetan episod kekejaman manusia berhati iblis yang tidak layak di panggil manusia lagi.

Bagi saya kejadian ini bala yang menimpa negara kita kerana pihak berwajib yang gagal mendidik rakyat menjadi rakyat baik, ia juga sebagai bukti sistem pendidikan kita gagal melahirkan insan yang berhati manusia dan bermoral tinggi yang takut kepada Allah. Selain itu keluarga juga gagal memainkan peranan mendiidik anak menjadi warga yang kamil.

Rakyat juga sering dihidangkan dengan angan-angan menjadi kaya sehingga tidak menghiraukan dari mana ia diperolehi. Akirnya mereka mencari harta dengan apa juga cara termasuk melakukan jenayah

No comments:

Post a Comment