24 September 2010

tiba tiba Menteri Pelajaran menjadi pondan bila pengetua sekolah rasis....!!!!

Kementerian Pelajaran tiada kuasa tentukan tindakan terhadap pengetua rasis

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran tiada kuasa untuk menentukan bentuk tindakan terhadap pengetua yang rasis dari Bukit Selambau kerana ia merupakan kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Selain itu, beliau juga berkata menteri tiada kuasa untuk membuat keputusan bagi pegawai kerajaan pada tangga gaji gred 48 ke atas kerana hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam boleh menentukan tindakan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin berkata hasil siasatan yang dijalankan oleh kementerian pelajaran sudah diserahkan kepada suruhanjaya perkhidmatan awam.


penyapu sial

Jika benar guru ini bersalah maka tindakan sewajarnya harus lah diambil... Sambil itu tindakan juga harus di ambil pada semua yang megeluarkan kenyataan berbentuk perkauman.

Aku juga heran kenapa seorang guru boleh di siasat tapi pelepasan di beri pada Ibrahim Ali yang setiap hari mengagungkan ketuanan Melayu dan hak Melayu yang sebenarnya rakyat semua tahu adalah agenda politik beliau... Banyak kali beliau memperkecilkan bangsa lain demi agenda politik nya... Adakah ahli politik seperti Ibrahim Ali sudah menjadi kebal dan boleh bersuara mengikut suka hati beliau tanpa menghiraukan orang lain...

No comments:

Post a Comment