Saya mendapat keluhan dan laporan dari ramai orang berkaitan tingginya harga barang di Malaysia sekarang ini. Maka, saya menunggu kalau-kalau ada usaha dari Najib dalam Belanjawan Najib ada atau tidak usaha yang serius di dalam menurunkan harga barang. Tapi, sayang seribu kali sayang, tiada usaha yang jelas dinyatakan dalam Belanjawan Najib bagaimana mahu menurunkan harga barang yang semakin menghimpit rakyat Malaysia. Bayangkan, harga barang tahun ini lebih tinggi dari tahun lepas.
Namun, Najib cuma mahu mengkayakan kroni dengan mencetak lebih banyak wang supaya kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA terus kaya. Rakyat Malaysia pula, semakin terhimpit kerana pencetakan wang yang sebegitu banyak bakal menaikkan lagi harga barang.
Penguasaan wang negara oleh kroni dan UMNOPUTRA menjamin gaji dan pendapatan rakyat Malaysia tidak naik.
Yang naik adalah pendapatan kroni dan UMNOPUTRA.
Saya tidak tahulah. Masalah sosial semakin lama semakin banyak. Ibu bapa terpaksa bekerja berhempas pulas, mengharungi "traffic jam" meninggalkan anak-anak mereka di"tarbiyyah" oleh Television, MTV dan media2 massa.
Pendapatan ibu bapa pula semakin tahun semakin mengecil disebabkan oleh tindakan UMNO yang suka mencetak wang banyak2 untuk mengkayakan kroni.
Sya jamin, sekiranya ibu bapa ada masa yang banyak untuk anak2 mereka, saya jamin masalaah buang anak ini tidak akan wujud.
Salahkan UMNO kerana tindakan mereka mengkayakan kroni menyebabkan massalah2 seperti buang anak.
Wallahualam
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment