Walaupun dua tahun sudah berlalu berhubung dakwaan tawaran RM5 juta untuk lompat kepada Barisan Nasional (BN), namun ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih lagi sedang menunggu tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lim yang mendedahkan dakwaan itu berkata beliau tidak akan menggesa atau mengejar SPRM untuk mengambil tindakan. Memandangkan segala butiran dan bukti sudah diberikan kepada SPRM, beliau hanya mampu menunggu tindakan mereka.
Dalam artikel terbaru yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin berhubung kertas siasatan terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid serta orang tengah Tan Yak Siew, Mahazir didakwa akan menawarkan RM5 juta kepada Lim sekiranya berpaling tadah kepada BN.
Selain itu, Lim juga berpeluang mendapatkan projek tertentu sekiranya menyertai BN. Dalam pada hal itu, Lim mengesahkan kesahihah kandungan artikel RPK berhubung kertas siasatan itu.
penyapu sial
Macam mana SPRM boleh ambil tindakan? Anjing mana gigit tuannya? Haram jadah SPRM makan gaji buta sahaja.
sejarah boleh membuktikannya. BPR = SPRM=teluq yang ada boleh kasi bungkus kasi najib dan geng UMNO mentedarah....!!!!
No comments:
Post a Comment