Hasrat ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk mengajak PAS bersama-sama BN adalah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".
PAS - rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat - telah "menutup buku" berhubung isu tersebut seperti yang diputuskan dalam muktamar mereka sebelum ini.
Mereka pernah bersama PAS, kemudian (PAS) ditendang keluar. Jadi kita nak pesan, sebelum cerai isteri talak tiga, fikir banyak-banyak,..atau ante sendiri mempunyai agenda yang tersembunyi...terutamanya memecah undi melayu dan menyingkirkan DSAI dari persada politik negara melalui PKR.
Ahmad juga mendakwa kedudukan PAS akan menjadi lebih baik sekiranya komponen Pakatan Rakyat itu menyokong BN berbanding terus bergandingan dengan PKR dan DAP.
Kenyataan Ahmad itu timbul berikutan tindakan PAS mengadakan satu seminar "PAS menggantikan Umno" di Shah Alam pada hari Sabtu lalu.
Tindakan Umno itu dilihat "terdesak" sedangkan parti Islam itu memuktamadkan untuk tidak bekerjasama dengan Umno dalam muktamar mereka sebelum ini.
Malah, , sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat terbukti dalam usaha gabungan itu untuk mendepani BN dalam pilihan raya umum yang ke-13.
Selama ini kerjasama dalam Pakatan adalah atas prinsip mengiktiraf kekuatan (masing-masing) bahawa yang kuat di antara kita terus diperkukuhkan, yang lemah akan dibantu.
Kerjasama itu cukup kondusif dan kita turut meminta Ahmad supaya menghentikan niat untuk 'memancing' PAS.
Seminar anjuran PAS itu merupakan satu kempen dan strategi politik terbaru parti Islam tersebut dan PKR menghormati langkah itu.
No comments:
Post a Comment