Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.
Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.
Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.
Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.
Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.
Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.
KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.
Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.
Malaysiakini
penyapu sial
ingat nak bertaubat la kuar dari UMNO...masuk PKR rupanya hanya tau buat....perangai gila kuasa kesan politik wang yg di amalkan masa dlm UMNO masih tak berubah...sekarang rampas pulak parti AKIM jadikan parti KITA...hampas punya makluk...tubuh la parti sendiri kalau berani...jangan berani numpang parti orang lain...sejajar dengan motto kaki botol....
aku tolong bagi nama parti baru ko...parti cinta botol....muakakakakakaka....!!!
No comments:
Post a Comment