Perdana Menteri di cabar supaya meminta kerajaan Singapura mendedahkan bukti pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya Datuk Seri Najib Razak yakin beliau tidak berkait langsung dengan jenayah tersebut.
Bukan kita yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung kita cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.
Tapi kita juga nak beritahu kepada Singapura supaya jangan masuk camour hal ehwal negara ini. Jaga urusan kamu jangan nak tunjuk angkuh . Hal kita dengan Najib, biar kita sahaja yang lawan, jangan pulak nak masuk campur urusan dalaman Malaysia,...
Umno-Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh menghentam DSAI dalam media milik mereka berhubung pendedahan laman web Wikileaks mengenai dakwaan kononnya beliau "masuk perangkap" yang dirancang.
Sekiranya apa yang didakwa oleh Singapura terhadap DSAI adalah benar beliau bersedia menemui bekas Perdana Menteri negara itu Lee Kuan Yew di mahkamah.
Jangan pakai cakap sahaja. Kalau ada bukti sila bawa ke mahkamah, Umno-BN pun boleh bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah bagi pihak Najib kalau mahu...
Satu hal lagi kecelakaan dan kesundalan media milik Umno-BN yang tidak henti henti menaburkan fitnah dan tohmahan terhadap beliau dan Pakatan Rakyat.
Media dan jentera kerajaan ini digunakan sepenuhnya untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN. Selama 12 tahun mereka mengatakan Anwar bersalah, Jadi apa nak hairan sangat kalau hari ini dok ulang yang Anwar salah, dah 12 tahun mereka lakukan ini.
Kenyataan Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir menunjukkan beliau berada dalam keadaan amat takut.
Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan beliau bongkarkan.
No comments:
Post a Comment