18 January 2011

bila pelir pendek.. biorkan .bini puaka jolisakan sampai kerajaan runtuh....!!!!



Malang sungguh negara tercinta ini kerana memiliki Perdana Menteri yang mempunyai isteri yang suka berboros. Kalau hangpa punya duit takpe la. Ini tidak, wang rakyat jugak disapunya.

Rakyat pilih kamu untuk jaga amanahnya bukan perabiskan duit yang ada dalam kantong negara tu. Betapa kamu sudah mengkhianati amanah rakyat terhadap kamu.

Jika bukan kerana rakyat, usah mimpi nak berbelanja sakan seperti sekarang. Kesusahan rakyat tidak dipedulikan. Rakyat nak berbelanja RM10-RM20 sehari pun berkira-kira tetapi isteri kamu berbelanja RM100,000 untuk satu malam sahaja.

Wahai rakyat marhaen, ubahlah!...demi negara tercinta ini, jangan lacurkan masa depan kita oleh tangan-tangan gelap yang menggelapkan duit rakyat sewenang-wenangnya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.

Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya
Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.

Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.

“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment