23 January 2011

tegak benang basah ....ADUN katak pelabuhan kelang ke mahkamah isnin ini....!!!




Timbalan pegerusi perhubungan Umno selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka memfailkan permohonan di mahkamah berhubung keputusan speaker Selangor yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

“Badrul akan menfailkan deklarasi (bahawa dia masih ADUN Pelabuhan Klang) di mahkamah.

“Saya difahamkan Isnin ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Tenang, pagi ini, Noh berkata Badrul Hisham akan memohon kepada mahkamah bahawa beliau masih ADUN yang sah.




Ini berikutan tindakan speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang pada Rabu lalu yang mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan antara 8 November dan 13 November tahun lalu dan tidak memohon cuti sehingga 10 Disember lalu.




Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan Teng dan berkeras mengatakan beliau hadir pada maajlis perasmian dewan pada 8 November sebelum mengambil cuti untuk rawatan tradisional.

Sebaliknya, Teng berkata Badrul Hisham menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng sambil mengemukakan bukti kehadiran.

No comments:

Post a Comment