Blogger pun tak larat tunggu lantas ada yang angkat kaki. Aku ingatkan Adun atau MP je yang tak larat. Tapi Blogger yang keluar seorang dua ni jauh lebih mulia dari beberapa ekor Adun dan MP yang menjadi katak tu.
Blogger yang keluar dari menyokong PKR, mereka lebih bermaruah dari Adun ataui MP yang melompat dari PKR. Setakat ini mereka masih bersama PR, dan mereka masih komited untuk menghancurkan Umno/Bn. Mungkin ada hikmahnya kepada PKR kerana sebagai sebuah parti yang dulunya begitu lemah, kini semakin kuat sudah tentu banyak perkara yang PKR kena pelajari dan ketahui.
Ada yang keluar kerana Anwar, ada yang melompat kerana Azmin dan ada juga yang merasa tersisih kerana rakan mereka yang lain lebih maju ke hadapan. Itu lumrah. Tidak kurang juga ada yang tidak habis-habis menuntut itu dan ini kerana mahu agar perjuangan dan pengorbanannya diberi pembalasan yang sewajarnya oleh parti. Pemimpin pula, tidak merasa takut untuk berjanji sedangkan mereka tahu bukan mudah mahu tunaikan janji.
Alahai, terpulanglah. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, tindakan pemimpin di dalam PKR dan kita sebagai pendokongnya sedikit sebanyak membuatkan beban Umno semakin ringan.
No comments:
Post a Comment