Demi meraih sokongan orang Melayu geng songkok tinggi menyebarkan cerita kononnya Kerajaan Pulau Pinang berat sebelah. Geng songkok tinggi kata kerajaan Pulau Pinang hanya merobohkan gerai orang-orang Melayu, sebaliknya gerai orang cina dibiarkan terus meniaga.
Gerai Melayu diroboh, gerai Cina dibiarkan.
Kerajaan Pulau Pinang Tidak Telus, “Double Standard” Tindas Rakyat
Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin Zalim Menindas Orang Melayu
Namun begitu, menyedari permainan politik kotor yang dimainkan oleh geng songkok tinggi akan meningkatkan sokongan orang cina kepada Guan Eng, Gerombolan video lucah yang berkiblatkan pelakon video lucah terkenal Chua Soi Lek telah bertindak membongkarkan penipuan geng songkok tinggi.



Gerombolan video lucah tampil dengan bukti-bukti berupa gambar, video dan dokumen yang menunjukkan bahawa segala fakta geng songkok tinggi hanyalah tipu semata-mata. Geng video lucah pula cuba membuktikan bahawa sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang anti kepada kaum cina kerana kerajaan Pulau Pinang sebenarnya merobohkan gerai-gerai orang cina.
Geng songkok tinggi kata Kerajaan Pulau Pinang anti Melayu, tapi gerombolan video lucah kata kerajaan Pulau Pinang anti Cina. Mana yang betul?
muakakakaka....Ini yang dinamakan perompak jual penyamun
No comments:
Post a Comment