15 February 2011

Mubarak tersungkur kerana campurtangan Allah



Kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir  Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

Ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.

Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?...

Usaha menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak..

Sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.

Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch (cawangan khas) Quraisy.

Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?..

tak kira yang pakai cop Islam semata mata atau yang sebaliknya yang mana telah melakukan penindasan terhadap rakyat sekian lama...

begitu juga dengan UMNO-APCO ...jangan mimpilah kamu akan memerintah sampai kiamat...selagi ALLah SWT tidak mengizinkan dan selagi kamu sentiasa melakukan  penindasan di mukabumi ini...selagi tu rakyat akan sentiasa mendoakankan kebinasaan kamu...!!!

No comments:

Post a Comment