28 February 2011

Rakyat merintih duka...santa klaus felda gila kuasa bawa gula gula...!!!




Rakyat DUN Kerdau disini merintih dalam kesusahan kerana pembangunan 'senget' yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya dari PAS atau Pakatan Rakyat.

Keseluruhan kawasan dalam DUN Kerdau mempunyai masalah akibat sikap tidak ambil peduli wakil-wakil Umno dan Barisan Nasional yang menjadi Adun sebelum ini.

Penduduk Desa Murni khususnya golongan muda tidak mempunyai tanah dan rumah untuk kediaman, sebagaimana yang didedahkan oleh calon PAS, Hasanuddin Salim.

"Di Desa Murni, orang muda tak ada tanah untuk bina rumah, untuk tempat tinggal, di Paya Taram rumah kos rendah terbengkalai sejak 15 tahun lalu, di kampung orang asli Pulau Sendayan dewan yang terbakar 5 tahun lalu belum dibaiki, di kampung-kampung pesisir Sungai Pahang tak ada bekalan air bersih, di Pekan Kerdau para peniaga nak majukan dengan membina sendiri bangunan tetapi dihalang oleh pihak berkuasa tempatan,"


"Tapi hari ini, PM Najib datang bawa 'gula-gula' sebanyak RM10 juta, cakap baru, tak tahu bila akan dilaksanakan,"

Mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan 'mee segera' apabila datang ke DUN Kerdau semalam.

Rakyat dan negara telah rugi akibat pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana perbelanjaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk projek bekalan air dan perumahan kos rendah Paya Taram.

"Kini, Najib tambah lagi peruntukkan, sedatangkan berjuta ringgit telah dihabiskan untuk projek tersebut sebelum ini, tetapi 'hangus' kerana kecuaian pemimpin Umno dan Barisan Nasional,"

Justeru itu , kita  merayu kepada semua pengundi DUN Kerdau khususnya Peti Undi Desa Murni, Lipat Kajang dan Kuala Tekal yang di amanahkan kepada jentera Terengganu supaya memberi peringatan kepada Umno dan Barisan Nasional dengan memilih calon PAS pada pilihanraya kecil kali ini.

No comments:

Post a Comment