12 February 2011

Rakyat Mesir Pengkhianat?



Rakyat Mesir yang sibuk suruh Hosni Mubaraq ni berambus betul-betul pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara Mesir!
Memang betul-betul tak mengenang jasa!

Selama 30 tahun Hosni Mubaraq ni memerintah Mesir.. Dia bina sekolah, bina jalanraya, bina masjid, izinkan Al-Azhar beroperasi,

Tubuhkan wakil Kerajaan Mesir uruskan rakyat Mesir pergi Haji,
Tubuhkan Bank Islam, buat highway, lawat mangsa banjir bila tiba musim banjir, Pelihara monumen bersejarah daripada rosak dimakan masa,

Adakan pilihanraya 5 tahun sekali dengan adil dan saksama,
Bekalan beras dan gandum sentiasa ada dipasaran Mesir,
Minyak mahal tak mengapa sebab Mesir bukan pengeluar minyak,
lagipun harga minyak Mesir lebih murah berbanding di Antartika dan Alaska.

So, apa yang rakyat Mesir mahukan lagi?
Siapa pun memerintah sama sahaja.
Buang masa!
Tak taat pada Pemerintah langsung!
Bukankah kita kena pegang ayat
"Taatilah Allah, Taatilah Allah dan Taatilah pemimpin-pemimpin kamu"..

So, kenapa tak taat pada Hosni Mubaraq?
Bukankah berdosa menentang pemimpin ulil amri neh?

ikhlas
Abdel Maslanul el Feldac - Suez
Ketua Pencacai Parti Hosni Mubaraq

(sila tukar perkataan Mesir=Malaysia, Hosni Mubaraq=Barisan Nasional)

sunsnake 12022011

No comments:

Post a Comment