
Seramai 1,088 pengundi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat di Sabak Bernam dipindahkan secara senyap-senyap ke tempat lain termasuk kawasan sejauh Sepang,..
Perbuatan sedemikian dikesan sejak Januari lalu dipercayai sebagai sebahagian strategi politik jahat Umno Barisan Nasional (BN) dengan memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sudah tiga kali Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin BahromWalaupun 1,088 pengundi Sabak Bernam dipindahkan ke kawasan lain, kita dapati jumlah pengundi tidak berkurangan kerana pengundi di kalangan pro-Pakatan dari kawasan lain pula dipindahkan ke Sabak Bernam.
Ini bertujuan untuk menyusahkan pengundi yang sokong Pakatan. Kalau 1,000 penyokong Pakatan menetap di Sabak Bernam tetapi diarah mengundi di Sepang, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mengundi kerana tempat mengundi terlalu jauh.
Ini akan menjejaskan undi untuk Pakatan. Ini permainan Umno BN untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bantuan SPR.
Namun, perbuatan ini tak ubah seperti memperbodoh-bodohkan pengundi...
Sehubungan itu, kita meminta semua pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya membuat semakan kawasan mengundi dan membuat bantahan jika mereka ditukar kawasan mengundi tanpa alasan munasabah.Ini penting bagi mengelakkan suasana kelam kabut pada hari pengundian..
No comments:
Post a Comment