
Parti pembangkang dilihat mengambil kesempatan di sebalik projek pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan politik mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata pembangkang dilihat seolah-olah cuba menafikan apa yang dilaksanakan kerajaan dan akhirnya menghasut rakyat untuk menyokong mereka.
"Sehubungan itu semua pihak harus memainkan peranan supaya dakyah politik parti pembangkang ini tidak lagi mempengaruhi rakyat keseluruhan demi masa depan mereka.
"Inilah antara trend yang menyebabkan kita kehilangan sokongan di banyak kawasan bandar dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program memasyarakatkan Seni Budaya dan Pelancaran Kampung Tanpa Wayar di Kampung Dalam, dekat sini.
Rais ditanya mengenai trend sokongan masyarakat di kawasan bandar di Sarawak dalam pilihan raya umum negeri itu minggu lalu, yang rata-rata memihak kepada parti pembangkang.
Rais berkata fenomena itu harus diatasi bagi mengelak ia terus mempengaruhi rakyat di seluruh negara dalam pilihan raya umum akan datang.
"Setelah melihat perkembangan di Sarawak, boleh dikatakan semua pekan kita kehilangan mandat, ini bermakna jarum pembangkang telah berjaya mempengaruhi rakyat di kawasan berkenaan.
"Kita tidak boleh membiarkan trend ini berterusan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar," katanya.
BERNAMA
penyapu sial
kerajaan komunis dan yahudi pun buat pembanggunan jugak...depa tak mengungkit pun sebab tau itu tanggung jawab...yang kerajaan UMNO pukimak mengungkit apahal...apa pembangkang bukan rakyat negara ini ke...???...
tak payah nak sibuk dan mengampu la...rais..dengan sibuk melalak sana sini menyalahkan pembangkang...jangan ingat rakyat lupa pembanggunan lubang jubor dan dubor yang ko orang war warkan saban hari...bukan semua orang semakin suka dengan kerajaan umno-bn...malah makin meluat....
No comments:
Post a Comment