
Tak tahu lah siapa yang menjadi penasihat kepada Dogol 3 Ekor ini. Bagi lapisan masyarakat berilmu apa yang ingin dilakukan ( bersumpah ) adalah tindakan CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH.
Jelas pihak yang beria-ia nak bersumpah adalah golongan yang jahil agama. Apa yang mereka ingin lakukankan hanya mampu mempengaruhi golongan -golongan tua dan kelompok yang kurang berpendidikan.
Kalau dah maksiat dah menjadi sebahagian hidup, bermakna seseorang itu tidak hairan dengan ancaman azab yang menanti. Maknanya dosa tidak menjadi hal kepada dirinya. Biarpun sekajang azab disenaraikan dan dibacakan kepada simaksiat itu.
Oleh itu jika seseorang yang seperti digambar diatas , tampil membuat sumpah , apakah sumpah itu dibuat dengan penuh keinsafan ? Kalau diperingatkan sekiranya sumpah itu dusta dan bohong bermakna DOSA BESAR MENANTINYA , apakah ancaman ini menakutkannya? Sedang dalam hidupnya memang sentiasa bergelumang dengan dosa , lalu ditambah SATU DOSA LAGI apa dia kisah .
Sebab itu sumpah sifasik tidak mempunyai nilai. Memandangkan sumpah berskasikan Allah , maka Allah jua yang maha mengetahui nilai sumpah itu. Jika latarbelakang si yang membuat sumpah itu tidak memiliki ciri2 orang beriman , maka adalah bodoh sekiranya ada yang mempercayai akan sumpah yang dibuatnya itu.
Kalau TGNA ke ..TGHH ke atau Dr. Harun Din yang membuat sumpah , sah ianya benar. Tiada keraguan. Sebaliknya kalau Umi Halfida yang buat sumpah , apakah kita mahu mempercayainya?...sumpah pocong umi...seluruh keturunan jin pun tak akan percaya...mukakaka...!!!!
Dah macam zaman aku dan kawan2 budak2 dulu. Tahun 60an. Bila orang tak mahu percaya apa yang kita katakan mula lah kami bersumpah. Rupanya orang2 tua sekarang dah jadi macam2 budak260an . Sikit2 sumpah. Dia sangka ALLAH suka dengan perbuatannya itu. Kalau dia orang yang beriman pasti sumpah tidak jadi mainan.
Yang pasti , sumpah POCONG si fasik tak akan membuka hati manusia untuk mempercayainya. Yang jelas sumpah ini adalah usahanya yang terakhir setelah tindak tanduknya melantun kemukanya semula.
dan tak guna kita semuanya cuba menghalangnya...tak membawa faedah pun...akhirnya laknat akan menimpa diri...biarkan dia terjun ke neraka dengan pocong pocongnya....!!!
No comments:
Post a Comment