21 May 2011

Lindungi Utusan menunjukkan Kerajaan Tak Beretika



Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia apabila menyiarkan laporan-laporan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tidak beretika dalam melaksanakan undang-undang sedia ada.

Tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang, kita  ambil contoh baru-baru ini Utusan menyiarkan berita mengenai sensitiviti agama. Tapi sampai ke hari ini tiada ada apa-apa tindakan diambil ke atas akhbar dan blogger tersebut.

Etika telah dilanggar, adakah kerana surat khabar Umno, maka ia akan dibiarkan? Kita tidak tahu sama ada blogger ada autoriti atau kredibiliti sehingga akhbar itu memuatkan berita tersebut di muka hadapan. Kerajaan juga tidak beretika dalam isu ini.

Etika kewartawanan yang rosak berpunca daripada sikap berat sebelah kerajaan sendiri yang terlalu berlembut dengan media yang dikuasai parti pemerintah itu.Kerajaan tidak akan mengenakan undang-undang kalau yang hendak dikenakan undang-undang itu melibatkan orang dia sendiri, tapi jika akhbar lain yang buat mengenai berita itu, kita pasti akhbar itu akan diharamkan.

Malah kita  percaya, ketua-ketua editor media arus perdana lain akan dipanggil dalam tempoh terdekat sahaja bagi menjelaskan kedudukan sebenar laporan mereka jika ianya menyimpang daripada apa yang diinginkan kerajaan tetapi tidak terhadap Utusan Malaysia.Kerajaan perlu ada komitmen yang tinggi menegakkan undang-undang. Selagi kerajaan bermain dengan undang-undang, kita tidak akan jadi apa-apa.

Sesetengah isu sensitif yang terlalu banyak dimainkan media arus perdana sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kehadiran pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab.Contohnya isu interlok adalah isu biasa yang tidak patut dijadikan isu perkauman yang begitu hebat kerana ia sama seperti karya-karya sastera yang lain.

Kita  bagi contoh, sekiranya ada karya sastera yang menggunakan istilah Pak Pandir yang membodohkan orang Melayu, kita  tidak akan mengambil tindakan seperti yang dilakukan sesetengah pihak berkenaan novel Interlok tempoh hari.Kerana ada dua tiga orang politik yang sengaja memainkan isu ini, orang politik itu yang sepatutnya dihukum..

No comments:

Post a Comment