15 May 2011

pandai betul UMNO pukimak...fitnah kerajaan kelantan tapi berjaya membangkrap negeri Johor selepas Felda...!!!




YB Dato' Husam Musa pernah melontarkan beberapa soalan berkaitan isu Johor Corporation (JCorp) dan kemungkinan risiko negeri Johor Darul Takzim akan diisytiharkan bankarp.

Kebimbangan ini adalah berpunca daripada bebanan hutang anak syarikat Johor itu yang berjumlah RM 4.032 B sebagaimana yang disusun pada tahun 2002 dimana kerajaan Johor telah terlibat sebagai penjamin.

Dalam kes ini, perjanjian yang termetrai adalah dengan mencagarkan tanah kerajaan Johor dengan kenyataan yang menyebut bahawa sekiranya kerajaan Johor gagal membayar hutang atau bunganya, kerajaan Johor boleh diisytihar bankrap dalam tempoh tujuh hari.

Justeru hari ini, dalam surat khabar Berita Harian kelmarin, 11 Mei 2011, telah tersiarnya liputan berkenaan dengan kebimbangan JCorp dalam mencari jalan membayar hutang. Ia termasuk pertimbangan pilihan menjual beberapa bidang tanahnya di dalam dan di luar negara bagi menyelesaikan beban hutang. Ia juga mencatatkan pilihan untuk melupuskan atau mengurangkan pegangan ekuiti dalam beberapa anak syarikat yang tidak tergolong dalam perniagaan terasnya.

Aset tanah komersil yang dimiliki JCorp dianggar bernilai RM 2.5 bilion, mankala nilai hartanah industrunya bernilai RM 1.3 bilion. Kumpulan JCorp juga difahamkan memiliki beberapa bidang tanah di kawasan pusat Bandar Johor Bharu yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion.Justeru, hasilnya setelah lontaran kebimbangan 4 tahun yang lalu oleh YB Dato' Husam Musa, hari ini kenyataanya benar-benar mencemaskan JCorp dan kerajaan negeri Johor.

- Mampukah Johor membayar hutang yang telah meningkat dari jumlah asalnya RM 4.032 B itu?

- Adakah kedudukan hutang yang besar ini tidak menjadikan Johor tertekan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengancam masa depan dan kepentingan rakyat dan negeri Johor?

- Tidakkah nanti kepentingan Negeri Johor akan terabai melalui pembangunan WPI dengan mengizinkan negara asing terlibat dalam menentukan bentuk pembangunan dan polisi dalam wilayah kita sendiri, semata-mata untuk membolehkan Kerajaan Johor mencari wang membayar hutang ini?

- Dengan kata singkat, bolehkah kita harapkan kepentingan Johor tidak tergadai?

Jelas, hari ini kesemua kebimbangan itu terpaksa dihadapi oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor ini dan jika benar apa yang disebutkan oleh akhbar perdana Berita Harian semalam maka kita juga khuatir bebarapa kepentingan Johor akan tergadai demi mengelakkan kerajaan diisytiharkan bankrap dengan bebanan hutang.

No comments:

Post a Comment