11 May 2011

Taktik kotor UMNO nak rampas Selangor terbongkar...ini mengesahkan UMNO sebenarnya petualang negara dan wajib di hapuskan dari mukabumi....!!!!



Senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.Maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih,..

Kita  menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.Nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.

Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna..

justeru itu satu laporan polis  wajar di lakukan terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.
Surat ini di  terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas.

No comments:

Post a Comment