25 June 2011

LIDAH SYAITAN UMNOPORNO DIBAKAR....!!!



Walaupun masih terdapat yang membela akhbar milik sekutu Apco ini, namun rata-rata umat Islam khususnya semakin sedar fungsi akhbar ini untuk menjahanamkan bukan sahaja perpaduan rakyat berbilang kaum bahkan menyesatkan umat Islam.

Di Kuala Lumpur, kawasan ibu kota yang penduduknya rata-rata dari golongan bijak pandai dan elit, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum yang Allah tetapkan itu menjadikan rakyat semakin jijik menyebut nama akhbar Utusan lidah syaitan ini. Akhbar ini menjadikan kerja-kerja Syaitan lebih mudah dan umat Islam wajib terus menentangnya.



Jelas, akhbar ini terus mendapat perlindungan dari bos mereka yang sekarang ini sibuk menyebut bahawa PAS kini tidak lagi berhasrat untuk menubuhkan Negara Islam. Seolah-olah mereka kepingin sangat untuk berada di dalam sebuah Negara Islam. Hakikatnya, 50 tahun lebih mereka membawa umat Islam semakin jauh dari Islam.

Apabila kita tidak membeli atau membaca akhbar Utusan syaitan ini dengan niat tidak mahu bersekongkol dengan akhbar yang menghina hukum Allah, kita yakin dan percaya Allah akan memberikan pahala kepada kita.

Mereka yang membakar akhbar Utusan syaitan ini dengan niat untuk menunjukkan bahawa kita tidak mahu hukum Allah ini dihina, sudah pasti Allah memberikan pahala buat kita. Semoga Allah melaknat mereka yang terlibat dengan kerja-kerja Iblis ini

No comments:

Post a Comment