
Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lantaran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan..
Ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.
Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.
Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya Sekalipun sombong dan angkuh, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.
Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 PR sudah sampai ke Putrajaya.
Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah.
Jadi Pada 9 Julai, kita kena berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik...
No comments:
Post a Comment