
Polis menegaskan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 tiada kaitan dengan gas pemedih mata atau meriam air seperti mana yang didakwa.
Pengarah Jabatan. Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, lokasi di mana Baharuddin berada iaitu di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) langsung tidak ditembak dengan gas pemedih mata.
Sebaliknya jelas beliau, kematian ahli PAS itu disebabkan serangan jantung.
“Kematian Baharuddin Ahmad dikatakan mati kerana ditinggal pasukan polis, Baharuddin, 56, dikatakan mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
“Hasil siasatan mendapati tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan ia disahkan dengan rakaman litar tertutup di KLCC,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Jelas Salleh, berdasarkan rakaman CCTV Baharuddin melarikan diri ke arah Avenue K yang terletak berhampiran KLCC kerana cuba mengelak daripada semburan meriam air.
Berdasarkan rakaman CCTV di dalam Avenue K, Baharuddin memasuki premis itu pada pukul 4.29 petang secara tergesa-gesa dipercayai melarikan diri daripada semburan meriam air yang turut diikuti peserta Himpunan Bersih 2.0 yang lain.
Rakaman juga mendapati Baharuddin memegang dada semasa melarikan diri.
“Di sana (Avenue K) pintu boleh ditutup (secara automatik) dan Baharuddin didapati rebah di bahagian dalam, dia terpisah daripada orang lain kerana pintu lain sudah ditutup.
“Dan ambulans sampai 17 minit selepas menerima panggilan kecemasan dan bukan satu jam seperti mana yang didakwa,” kata Salleh.
Dalam penjelasan itu, beliau juga menafikan Baharuddin telah dipukul oleh anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan.
“Hasil siasatan mendapati tiada kecederaan yang dialami seperti mana yang didakwa,” katanya.
“Bagaimanapun doktor ada mengatakan bahawa CPR boleh menyebabkan kecederaan... allahyarham mengalami sakit jantung.
“Kesimpulannya kematian Baharuddin tiada kaitan dengan gas pemedih mata, kekejaman polis, tiada bantuan daripada polis atau kelewatan ambulans,” katanya.
penyapu sial
jika cakap anjing UMNOPORNO ini di gunapakai...jelas lah kita semua rakyat buta mata buta hati...1 malaysia rakyat buta mata dan buta hati...!!!
No comments:
Post a Comment