
Tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memaksa secara agresif sehingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri adalah sama dengan tindakan membunuh.
Sehubungan itu, kita menuntut SPRM bertanggungjawab ke atas kejadian itu.Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya.
Teoh Beng Hock dilaporkan membunuh diri ekoran taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan oleh tiga pegawai SPRM seperti mana diberitahu Suruhanjaya Diraja Menyiasat kematian mendiang.
Media semalam melaporkan ibu kepada mendiang Beng Hock menolak hasil siasatan dan keputusan yang menyatakan kematian anaknya berpunca bunuh diri.

Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.
“Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri,” katanya kepada pemberita.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
No comments:
Post a Comment