
Umno Pulau Pinang beri tujuh hari, Guan Eng kata ‘saman sekarang jika mahu’
Lim Guan Eng berkata Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau, sebaliknya boleh berbuat demikian sekarang jika mahu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu. “Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap,” kata Lim (gambar) dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.
Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: “Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah.” Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town. Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pula menulis, “Umno Selangor nak saman Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Umno Pulau Pinang nak saman Lim Guan Eng. Jangan tuduh kami bukan-bukan,” katanya lagi. Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi petang ini. Mesej-mesej Twitter mengenai isu itu muncul selepas berakhir mesyuarat MT.
Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP. Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam. “Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama,” katanya. Lim sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh. Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.
Awal pagi semalam sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat. Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman. “Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman" katanya
penyapu sial
UMNO yang selalu main isu perkauman....berani sembah cat , tak berani mengaku ....lebih baik umno mampus sahaja ?? Penakut ? Siapa yang mengapi2 isu azan kalau bukan Umno, sampai Teresa Kok kena ISA. Dan sekarang nok cari pasal di Pulau Pinang pasal Suara azan lagi kalau bukan UMNO dan akbar nya Utusan? Selalu main belakang dan tak berani main depan. Sembunyi pada gelap gelap malam. Curi duik rakyat juga macam itu. Undi juga dalam gelap gelap menang.
Itu la UMNO. UMNO mengaku parti orang melayu dan Islam. Pada saya ia hanya parti melayu sahaja bukan Islam kerana kalau parti islam sudah tentu mendaulatkan seluruh hukum yang ada dalam Al-Quran bukan terpilih-pilih....termasuk pemimpin pukimak dia bagi tazkirah suruh hayati al quran tapi dalam masa yang sama lulus lesen JUDI....munafik....!!! Datuk Zainal, saman saja, kau jangan cakap besar saja dan tidak buat apa-apa kemudian. Ini memang "style" kau kan?
No comments:
Post a Comment