
Kelmarin JAIS telah menyerbu sebuah dewan yang di dalam kawasan gereja. Katanya, ada majlis yang diadakan yang didalamnya dihadiri oleh orang-orang Islam juga.
Soalan nya , mengapa JAIS tak tangkap Najib Tun Razak. Najib telah menziarahi Pope di Gereja Utama Katolik di Vatican City. Malahan, di Vatican City itu, kuasa mutlak pemerintahn terletak di tangan Pope.
Maka, kita pun hairan juga mengapa JAIS tiba-tiba bersikap begini?
Adakah kerana JAIS masih dikawal oleh UMNO melalui juak2 mereka yang menduduki kayangan?
Kita juga tak terkejut Hasan Ali menyokong tindakan JAIS yang terbaru ini. Bagi kita , Hasan Ali dan JAIS berniat memang mahu mensabotaj PAS dan Pakatan Rakyat. Tindakan terbaru ini ke arah membina imej tidak toleran PAS.
Tindakan Hasan Ali mengeluarkan kenyataan juga amat dikesali kerana seharusnya beliau merujuk kepada pihak Perhubungan PAS Negeri Selangor terlebih dahulu.
Amat tidak patut dan tidak berdisiplin bagi HAsan Ali menyokong tindakan JAIS tanpa merujuk kepada pihak parti terlebih dahulu.
Setuju sangat dengan kenyataan Khalid Samad bahawa pendirian Hasan Ali itu bukan pendirian PAS dan pendirian parti. Ia cuma pendirian pribadi beliau sahaja yang di halunisasi oleh tawaran lumayan UMNOPORNO.
Tak habis-habis Hasan Ali buat kerja untuk memburukkan PAS. Eloklah kiranya Hasan Ali ini isytihar masuk UMNO cepat-cepat. atau seeloknya mangkuk hayun ini di pecat terus dari PAS...tak guna menyimpan gunting dalam lipatan yang kerja nya nak mensabotaj dari dalam...
No comments:
Post a Comment