
Berdasarkan laporan di media, DAWAMA bersetuju menarik notis cuti tanpa gaji semula dan bersetuju melaksanakan Peraturan Pemberhentian Dan Renti Kerja Sentara 1980 yang memperuntukkan pihak majikan perlu membayar gaji minimum 12 hari kepada pekerja mereka.
Menurut Menteri Sumber Manusia, jika Dawama tidak mampu lagi melaksanakan peraturan tersebut dan terpaksa ditutup, maka pihak syarikat perlu membayar pampasan kepada pekerja mereka.
Kenyataan media ini bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pekerja DAWAMA yang sebahagiannya dulu pernah berkhidmat dengan DBP. Namun, sekurang-kurangnya pembayaran gaji minimum itu dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Yang mahu di tonjolkan di sini ialah kehairanan banyak pihak tentang kegawatan yang dihadapi oleh syarikat yang mendapat hak ekslusif daripada DBP dan Kementerian Pelajaran. Syarikat ini mendapat kontrak menerbit, mencetak serta memasarkan buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2002. Bagaimana boleh menghadapi masalah kewangan?
Menurut laporan media, selama mengikat kontrak dengan DBP, syarikat ini telah menerima bayaran sebanyak sebanyak RM650 juta. Di sinilah timbul kehairanan banyak pihak. Bagaimana syarikat ini boleh menghadapi masalah kewangan jika jumlah yang diterimanya konsisten dan nilainya cukup lumayan?
Seperkara lagi, timbul pula dakwaan bahawa syarikat ini berbuat demikian untuk menekan DBP agar menyerahkan tender tertentu kepada syarikat itu. Pekerja yang terlibat telah dipergunakan untuk tujuan itu. Hal ini ada dilaporkan dalam media pencacai semalam yang memetik kata-kata daripada Datuk Fuad Zarkashi yang mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja DAWAMA.
Kontrak syarikat ini dengan DBP akan tamat pada tahun 2014. Adakah DBP akan meneruskan kontrak dengan syarikat ini?...Adakah ini cara lidah keling dan putar belit tamby yang kekenyangan todi bekerja...jadi pekerja bawahan sebagai hamba tebusan untuk blackmai pihak yang membahagikan rezeki....mungkin rezeki haram....kot....atau ada kong kali kong di antara mereka yang berkepentingan.!!!!
No comments:
Post a Comment