13 September 2011

Penangguhan cukai 6 peratus ...Najib haramjadah nak menganjingkan rakyat....!!!!

Penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.

Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu..

Sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.

Penangguhan itu sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Kita  menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.Tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.

Jadi kita  minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti..

No comments:

Post a Comment