
Rakyat dan parti-parti politik wajib menyaman aje Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jika badan itu mengadakan pilihanraya dengan daftar pemilih yang bercelaru dan toinggang-langgang.
Kecelaruan daftar pemilih memang tidak dapat disangkal lagi oleh SPR di mana sudah beratus-ratus bukti dikeluarkan oleh PAS, DAP dan PKR.
Nama berganda, orang asing didaftarkan sebagai pengundi, nama orang mati masih ujud, pengundi-pengundi yang umur lebih 100 tahun masih ramai dan sebagainya ujud dalam daftar pemilih, perkara ini mesti dibersihkan sebelum SPR mengadakan Pilihanraya Umum ke 13.
Mana mungkin pilihanraya diadakan dengan daftar pemilih yang bercelaru, penuh dengan penipuan dan penyelewengan seperti ini.
Hari ini Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar sendiri mengakui bahawa proses pembersihan daftar pemilih sedang dijalankan setiap hari dengan menyemak data berganda dan mengeluarkan rekod pengundi yang disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kenyataan beliau ini membuktikan bahawa daftar pemilih sememangnya tidak BERSIH, KOTOR dan penuh kecelaruan.
Wan Omar berkata demikian seperti yang disiarkan oleh media hari ini.
No comments:
Post a Comment