Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di sifatkan sebagai “tindakan mengampu”.Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.
Tindakan ini adalah tindakan mengampu dan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.Apa yang berlaku menunjukkan “kepimpinan baru di UIA” yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.
Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.
Setahu kitalah rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru kita bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz. Rektor yang baru dilantik pada dua bulan lalu ialah Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (gambar). Beliau juga merupakan pensyarah undang-undang di UIAM sebelum ini.
Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran dan mengamal amalan iblis dan syaitan yang mengutamakan api dendam kesumat demi politik gersang UMNOPORNO.
Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – bawah MAIS – terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.
Kita mengibaratkan tindakan UIA itu seperti “mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama.
No comments:
Post a Comment