Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), yang diumumkan dalam Bajet 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor.
Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.
Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi, lapor Bernama Online.
Ab Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam.
penyapu sial
jangan lupa pemberian bantuan rasuah sebegini adalah untuk memancing undi...pilihanraya dah dekat...ingat duit yang dia malaun ni bagi hasil rembat duit rakyat jugak...jangan lupa sebelum pengumuman pemberian rasuah ini...kita rakyat telah di sajikan pelbagai kenaikan harga minyak dan barangan yang tak masuk akal...tapi gaji seciput tak naik..duit tu sebenarnya duit rakyat...kelabu asap kunun macam robin hood monggolia...
dan jangan lupa...jika kita rakyat terperangkap dengan helah ini...dan BN memerintah lagi...maknanya bersiap sedialah untuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tak masuk akal dan menjerut leher rakyat...yang pasti cukai GST gasak sampai terlungkup menunggu...tu belom top up prepaid kad dll...hanya lembu lembu bodoh yang menjilat burid UMNO aje suka di lembukan turun temurun...
No comments:
Post a Comment