15 November 2011

jadi broker fitnah...padan muka.. Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK

 

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .

HD

 

penyapu sial

tak serik serik depa nie...memang bangsat melayu nie...pemalas dan iri hati no 1...kalau dah politik korup dan mundur pemikiran...buat lah caranya...ini tidak...kalau tak menfitnah itu bukan melayu namanya...betul lah orang melayu nie kaya dengan BUDAYA....BUDAYA FITNAH ,AMPU BODEK ,SAKIT HATI /IRIHATI DAN SETERUSNYA JADI PELANGGAN BOMOH....KAN DAH KENA SAMAN BARU PADAN MUKA.....SAMAN SAMPAI BANKRAP...BIOR DIA BERHENTI MENFITNAH...!!!

No comments:

Post a Comment