





Demonstrasi Haram: Lima Individu Ditahan Di P. Pinang
Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.
Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.
Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.
Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA.
Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis
Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.
Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.
Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.
Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.
Topi kaledar
Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.
Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.
Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.
Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.
"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.
Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. -mk
penyapu sial
Dunia boleh saksikan , Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan...
SAH DIDALANGI OLEH PENGKHIANAT-PENGKHIANAT DARI UMPORNO@APCO-BN YANG TAK SENANG DENGAN KERAJAAN PR YANG MENOLAK RASUAH,KRONISME DAN PENYELEWENGAN ! SORRU MISS DAA UNTUK KRONI PERASUAH SEJAK PR PERINTAH TAPI BARUA-BARUA UMNGOK BUAT WAYANG PM PULAU PINANG RASIS !
gua rasa dalang nih mesti otak potong block...sengal. hahaha...Oiiii bingai...mintaklah masjid ke, ceramah agama ke, takzirah ke, hukum hudud ke atau pun mintak je overhaul otak lu org yg sengal tu. hahaha...ni ke jenis nak jadi pemimpin....pegi jadi mujahideen lagi baik dr jadi mat rempit..mati katak. gua lempang jugak puak2 nih buat malu Islam je. bingai
ni lagi bingai...
- Mat Rempit mana suka litar lumba?? Mat Rempit lebih suka jalan raya / lebuh raya.
- Mat Rempit pun dah pikir pasal 'RASIS'??? herann...
- Mat Rempit dah mula pikir nak selamatkan pulau Pinang? Utk sapa? Ketuanan Melayu (UMNO)?
Jangan ingt org bodoh la weii...
Pertubuhan Islam Gabungan Amal?Minta litar lumba untuk mat rempit?Laaaaa..minta la dana untuk dakwah ke,untuk buat kerja amal ke,repair surau ke atau buat masjid? Buat le sesuatu yang berfaedah oiii.....
Memalukan aja. Bahlol, Bangang, Bodoh, Biol, Mangkok, ....
Gabungan Islam Amal ????? Patut tukar ke Gabungan Amal Rempit.
Inikah tahap mentaliti orang Melayu kat Tanjung tu?
No comments:
Post a Comment