Dilihat sebagai satu lagi kontroversi menjelang pilihan raya umum, Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dakwa telah memberi arahan agar tidak mempelawa mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri program khususnya majlis pengagihan sumbangan zakat.
Difahamkan arahan itu dikeluarkan baru-baru dan percaya langkah tersebut menjurus ke atas wakil rakyat dan ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Masa ketika kerajaan Barisan Nasional pun tidak pernah ada arahan sedemikian. Kita difahamkan pendirian ini diambil pada mesyuarat Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.
Sepatutnya wakil rakyat dan ahli-ahli politik tidak kira parti sewajarnya dijemput hadir sama mengambil bahagian dalam mana-mana majlis-majlis anjuran LZS.
Ini kerana majlis LZS membabitkan pengagihan sumbangan zakat, di mana nama-nama penerima juga melalui pemimpin tempatan dan wakil rakyat. Jadi, penerima juga berpeluang bertemu dengan wakil rakyat mereka apabila sumbangan diberikan ini merujuk kepada kejadian melibatkan program di Masjid As Syarif yang perasmi ialah pengetua Sekolah Menengah Meru.
Mereka nampak tidak mahu keuntungan politik pergi kepada Pakatan Rakyat dan perkembangan baru ini membabitkan kedudukan ahli-ahli khususnya dari Pakatan Rakyat.
Di kerusi Dewan Undangan Negeri lain pun sudah berlaku perkara yang sama. Pelik tetapi benar. Sudahlah Adun Pakatan Rakyat tak dijemput ke program sekolah menengah, tiba-tiba program LZS , pengetua mereka pula dijemput. Rakyat dah mula persoalkan..
Bagaimana pun perkembangan tersebut telah di sampai ke pengatahuan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk diambil tindakan dan akan cuba mendapatkan penjelasan pengurusan LZS sendiri.
No comments:
Post a Comment