Tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang sudah melampau dan wajar di kecam .
Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.
Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa..
Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.
Kita menasihatkan Adam membuat laporan polis...
Tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.
Jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.
Kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Su hakam selepas Timbalan MenteriPengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka...
No comments:
Post a Comment