Jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC), maka Bersih 3.0 wajib dilancarkan.
Ini berikutan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR Negeri Wilayah Persekutuan yang bercanggah dengan apa yang telah dibincangkan di peringkat pusat sebelum ini.
Kita kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib seperti mana yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Walaupun Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam PSC bagi memastikan pilihan raya negara ini berlaku secara bersih dan adil.
Kita tegaskan jika SPR gagal untuk menunaikan tuntutan PSC itu, maka mereka akan berdepan dengan Bersih 3.0 nanti,...
Kita mempersoalkan kenapa tidak ada keselarasan antara SPR peringkat pusat dan negeri sedangkan ia telah dipersetujui sewaktu perbincangan PSC dan juga SPR.
Kita tidak pasti apa sebenarnya berlaku di dalam SPR dan kita harap ada penjelasan dari mereka.
Perkara ini wajar dibawa ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk dibincangkan bagi mendapat tindakan selanjutnya,...
SPR Wilayah Persekutuan mengatakan dakwat kekal tidak akan digunapakai untuk pengundi awal atau pengundi pos.
Sistem pengundian awal yang jelas belum ditetapkan terutamanya berkaitan waktu pengundian dan bagaimana undi-undi yang telah dibuang awal akan dikawalselia hingga hari mengundi...
Dalam pada itu, isu pengundi pos secara otomatik dijadikan pengundi awal dan sistem bagaimana pengundi awal boleh memilih untuk menjadi undi pos semula perlu di selesaikan juga .
Isu pasangan anggota tentera atau polis yang turut menjadi pengundi awal atau pengundi pos, walhal tiada keperluan bagi mereka memiliki status tersebut.perlu juga di bangkitkan .
Malah yang paling mengejutkan makluman Ketua Pengarah SPR itu bahawa syarikat MIMOS tidak akan digunapakai untuk melakukan audit dan mengesahkan intergriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR.
Kita berasa terkejut dan kecewa dengan perkara-perkara ini terutamanya isu MIMOS dan integriti pangkalan data senarai pengundi induk SPR lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan satu cadangan khusus dari PSC yang diluluskan di Parlimen,..
Kita menyeru agar SPR terutamanya Pengerusi SPR dapat memberikan penjelasan sepenuhnya di atas isu-isu yang menimbulkan tandatanya itu.
No comments:
Post a Comment