
KALAU aku jadi Hassan Ali, bila aku sudah tuduh PAS itu dikuasai oleh `Parasit', PAS hanya ada 30% Ulamak sahaja dan PAS itu lari dari dasar Islam, aku akan buat dua perkara saja.
Pertama, aku tidak akan merayu untuk terus kekal di dalam PAS. Kedua, aku akan letak jawatan atau kosongkan kerusi Adun sekarang yang aku baru sedar bahawa itu adalah kerusi PAS yang `berparasit' atau kerusi yang bukan dipilih oleh majoriti Ulamak dan juga aku malu mahu kekal di kerusi PAS kerana PAS sudah tidak Islamik.
Tindakan pertama, aku ucap syabas pada Hassan Ali kerana tidak mahu merayu. Di situ ada kebijaksanaan beliau kerana jika merayu pun belum tentu diterima, dan tidak merayu kompom tidak diterima. Cumanya, Hassan Ali masih `malu-malu kucing' untuk lakukan tindakan kedua iaitu mengosongkan kerusi Adun beliau sekarang. Persoalannya, mengapa?
Sudah pasti jawapannya sama seperti jawapan Berahim alkataki dari Pasir Mas yang masih menebalkan mukanya menenggek di kerusi Parlimen Pasir Mas yang dipinjamkan oleh PAS itu. Alasan Berahim, beliau telah diundi oleh rakyat sebagai Wakil Parlimen di situ. Itulah juga jawapan Zul Kulim di Parlimen Kulim Bandar Baru. Apabila Hassan Ali yang kini mahu tubuhkan JATI, maka sewajarnya beliau mesti mempunyai `jati diri'. Hassan tiada jati diri ini iaitu tangungjawab dan kesedaran bahawa kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi yang tidak direstui atau diredhai oleh rakyat yang mengundinya dahulu.
Tidakkah terasa was-was di hati Hassan Ali tentang halal haramnya gaji dan elaunnya sebagai Adun setelah beliau dengan sengaja membiarkan dirinya dipecat? Seronokkah hati Hassan Ali memakan gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat yang mana rakyat tidak meredhainya sebagai wakil mereka? Bayangkan, menjadi Imam Solat yang Makmum tidak meredhainya. Seronokkah?
Hanya mereka yang pentingkan diri dan perut sahaja di samping tiada lagi perasaan malu akan terus kekal di kerusi yang sepatutnya bukan lagi menjadi haknya. Jadi, tidak perlulah Hassan Ali ke hulu ke hilir bercerita tentang keburukan orang lain sedangkan beliau sendiri menumpang atas kerusi parti yang diburukkannya itu. Di mana JATI diri Hassan anak Ali ini?
Di bawah ini, saya perturunkan semula nasihat dan gesaan dari Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu Hassan Ali bermuhasabah diri agar tidak terpedaya dengan ketamakan di dunia ini. Kosongkan kerusi anda dan insaflah bahawa sampai bila mahu menenggek atas kerusi parti yang kamu hina sepanjang hari itu
WFAUZDIN NS
penyapu sial
dulu hebat benteras maksiat di selangor, sertai perhimpunan anti murtad....
sekarang buat kerja fasik burukkan parti islam dan pemimpin islam; anwar. dh lupa nk benteras murtad dan lupa nk nahi mungkar.
hassan sudah terbalik.
begitulah kalau iman letak kat kepala lutut, ilmu hanya di mulut tetapi rupanya NAFSU SERAKAH BERTAKHTA DI KEPALA DAN HATI.
takkan la setakat seorg dua pemimpin PAS tersasar dlm tindakan dikatakan PAS sudah tukar hala tuju?
tugas kau la sebagai pemimpin membetulkan sesama jemaah pemimpin dalam PAS supaya betulkan hala tuju...bukan jadi pengkhianat dan hentam parti sendiri dari luar.
kesalahan hassan masuk media umno utk hentam parti sendiri tidak boleh dimaafkan.
30% ulamak dlm PAS adalah ramai kalau nak banding hanya 40 org ulamak dlm umno.
No comments:
Post a Comment