02 March 2012

mufti musang berjembut mata duitan.....'gadai akidah' Najib dan 'syirik' Zambry di jamin halal punya

 

 

Satu garis panduan untuk berkunjung ke rumah-rumah ibadat bukan Islam  wajar dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang dicadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar bawah ).

Cadangan tersebut wajar dikemukakan berdasarkan kenyataan awal Harussani berikutan kekeliruan terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada perayaan Thaipusam baru-baru ini sebagai ‘menggadai akidah’.

Banyak pihak dan umat Islam keliru dengan kenyataan Harussani terhadap kehadiran Najib ketika itu, pada awalnya mengatakan ‘haram’ dan pada hari berikut pula mengatakan sebaliknya.

Seperti mana juga perbuatan ‘syirik’ Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika majlis perasmian pembinaan rumah di Manong, Kuala Kangsar dengan meletakkan ancak ketika menaikkan tiang seri rumah.Pada awal kenyataan Tan Sri Harussani juga sama iaitu mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’.

 

Dan umum mengetahui pada hari berikutnya pula, Tan Sri Harussani mengatakan sebaliknya dan sekali lagi umat Islam agak keliru dengan kenyataan yang tidak konsisten tersebut..

Umum mengetahui, ramai kalangan ulama yang melihat sendiri perbuatan Zambry melalui rakaman video dan gambar tersebut yang dibekalkan ketika itu jelas mengatakan perbuatan tersebut sebagai ‘syirik’, tetapi tiba-tiba sahaja Harussani mempertahakan kenyataan awalnya dengan mengatakan sebaliknya sehingga kini.

Sepatutnya garis panduan yang sama perlu dikemukakan oleh Jakim kerana ianya jelas satu perbuatan ‘syirik’ yang dilakukan oleh pimpinan utama negeri iaitu Datuk Seri Zambry ketika itu...

No comments:

Post a Comment