Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diagih kepada 6.2 juta rakyat baru-baru ini dianggap sebagai perangkap dipasang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Pemberian tersebut semata-mata bagi memancing undi rakyat dengan harga yang murah.Dengan RM500 pemimpin Umno dan BN beranggapan rakyat akan terpengaruh, sedangkan orang ramai sedar wang itu ialah hasil cukai mereka yang dibayar kepada kerajaan.
Kita yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dengan umpan seperti itu. Mereka lebih merasai kos hidup yang semakin meningkat sekarang dan muak pelbagai penyelewengan kerajaan BN..
Rakyat mulai mengetahui kehidupan boros pemimpin Umno dan BN menjadi antara punca banyak subsidi untuk rakyat dikurangkan.
Kita semua wajib menentang Umno dan mendedahkan penyelewengan dilakukan mereka biar pun parti itu tidak lagi diterajui Datuk Seri Najib Razak.
Kita tetap memerangi Umno kerana dasar parti itu tidak berlandaskan Islam manakala pemimpin mereka banyak terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan..
No comments:
Post a Comment