Wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor.
Amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat.Dalam pada itu Hasan telah turut membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.
Antara pembaziran Hasan ialah membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.
Berbeza dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya diikuti dengan Rodziah Ismail RM119,000, Ronnie Liu Tian Khiew (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat.
No comments:
Post a Comment