Umno sudah jadi 'United Myanmar Nepal Organisation' bukan lagi 'United Malays National Organisation' sepertimana yang menjadi kebanggaan orang Melayu suatu hari dulu
Kepimpinan parti perkauman ini sanggup menjual negara semata-mata untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.
Umno dan jadi parti serabut iaitu United Myanmar Nepal Organisation bukan lagi Umno seperti dulu yang bekerja kuat untuk rakyat walaupun ada kalangan mereka mengamalkan dasar penyelewengan, rasuah dan penipu.
Umno sudah tersasar jauh daripada landasan mereka untuk memastikan Melayu terpelihara dengan aman, harmoni di tanah air sendiri.
Sekarang ini Umno tidak boleh di terima ramai sebagai sebuah parti yang mahu membantu anak Melayu sebaliknya menjadi sebuah 'parti penekan' untuk anak bangsa maju di bidang tertentu.
Tambahan lagi kepimpinan mereka tiada lagi rasa tanggungjawab membela kalangan Melayu yang ketinggalan..
Bagi mereka jika ada peluang ambil dulu, manakala yang tinggal serpihan barulah diberikan kepada rakyat jelata khususnya orang Melayu.
Sehubungan itu, Umno tidak releven lagi untuk diperjuangkan oleh orang Melayu khasnya kerana memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan (JPN) dan penglibatan Pegawai Khas Perdana Menteri bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai negara.
Mereka sanggup jadi pengkhianat untuk terus berkuasa tanpa berfikir tindakan itu mengancam ketenteraman negara serta membolehkan negara tergadai suatu hari kelak.
Biar Umno, JPN, SPR dan pegawai Khas Perdana Menteri buat perkara yang tidak betul. Kita tetap akan ke perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Kuala Lumpur nanti.
Kita harap semua ahli, penyokong dan orang yang prihatin terhadap penyelewengan SPR gerakan langkah ke perhimpunan tersebut nanti...
'Task Force' yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana perbuatan tersebut mengundang keresahan rakyat.
Bukan itu sahaja, kedatangan warga asing untuk mengundi itu kelak pastinya mengundang kemarahan rakyat tempatan walaupun mereka ada kad pengenalan dan nama sebagai pemilih.
Kita semua benar-benar bimbang apabila warga asing datang mengundi nanti. Pasti terdapatnya bantahan penduduk tempatan walaupun mereka mempunyai kad pengenalan sah dan terdapat nama dalam buku pemilih.
Umno mungkin tidak terkejut kerana merekalah perancang utama fenomena tersebut yang jadi mangsa nanti rakyat yang tidak puas hati...
Sementara itu sekarang ini kerana ramai anak muda sertai PAS termasuklah golongan artis.Golongan artis yang dulunya terdedah dengan gejala yang kurang bermoral kini terpanggil untuk membantu PAS menyuarakan kehendak parti dan Pakatan Rakyat.
Keadaan ini amat membanggakan kerana mereka yang bergelar artis sanggup turun padang atau berada sepentas dengan kepimpinan PAS menyuarakan prinsip PAS kepada masyarakat..
No comments:
Post a Comment