gambar di atas ini adalah peserta peserta BERSIH 3.0 yang di kehendaki POLIS kerana merusuh dan mencederakan orang awam....!!!
KUALA LUMPUR, 9 Mei 2012 - Peserta perhimpunan yang didakwa terbabit dalam insiden kekacauan pada perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang 28 April lepas diberi tempoh seminggu untuk menyerah diri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri, mulai Rabu depan.
Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota bagi mengesan suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.
Beliau berkata kesemua 129 peserta perhimpunan yang gambar mereka telah disiarkan dalam media perlu hadir ke balai polis bersama peguam mereka, jika ada.
Daripada 141 gambar yang disiarkan di media, hanya 12 telah ditahan dan dari 12 orang itu, lapan telah didakwa manakala empat lagi dibebaskan, katanya.
-- BERNAMA
selanjutnya....

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 21 individu, termasuk anggota polis, telah menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Mereka adalah antara 141 individu yang gambar mereka telah disiarkan oleh pihak polis.
Bagaimanapun, Hishammuddin tidak mendedahkan berapa ramai daripada mereka yang telah menyerah diri itu adalah anggota polis.
Beberapa anggota polis dikehendaki kerana didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.
Jumlah tersebut diedahkan oleh Hishammuddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Dalam majlis berasingan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata 141 individu lagi mempunyai masa hingga besok untuk menyerah diri.
“Kita tidak perlukan waran tangkap. (Penangkapan kerana) merusuh tidak perlukan waran,” katanya.
Malaysiakini
penyapu sial
Ada polis jahat, ada polis baik. Ada polis mintak rasuah, ada polis tak mintak rasuah.
Ada polis menyesal sebab jadi polis sebab banyak kena buat dosa,
Ada jugak polis yang suka kuasa yang dia ada dan tak peduli dosa pahala.
Tak ramai polis yang jahat,
Tapi polis yang jahat ni la yang dibagi kuasa.
Kalau ada seorang polis cuba jadi hero,
Buat benda betul dan cuba betulkan apa yang salah,
Dia kena transfer ke tempat lain.
Tengok betul-betul gambar di atas,
kalau depa masih gagal di kesan sewajarnya bukan tertumpu cari rumah ke rumah....lancar juga pencarian dari balai ke balai mana tau ada malaun malaun nie bersembunyi di sana...!!!

No comments:
Post a Comment