28 May 2012

di akhirat nanti pemimpin UMNO yang menipu dan merembat duit royalti Kelantan bakal pikul tong minyak dan gas atas kepala....baru padan muka...!!!

 

Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.

Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.

Pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak terhadap Kelantan.

Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas...

Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini.

Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti.

Perjanjian tersebut ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir.

Kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah penipuan duit rakyat apabila melesapkan wang royalti milik Kelantan.

Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala...

No comments:

Post a Comment