meroyan dah....nak dekat hilang kuasalah katakan....!!!!
Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya.
Ini setelah kita melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung.
Lebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda selepas menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor ..
Sehubungan itu,kita menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat.
Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk.
hari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri,
Kejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas...
Manakala Slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.
Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh...
Kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang.Ini kerana kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu...
No comments:
Post a Comment