KIsah sebenar kejadian kereta polis diterbalik berhampiran kompleks membeli belah Sogo semalam...
Sebuah SUV polis datang dari belakang dengan laju dan tanpa hon hingga hampir melanggar ambulans dan para peserta BERSIH 3.0
Selepas itu, sebuah kereta Waja polis pula muncul dari arah sama – laju dan tanpa hon – menyebabkan kebanyakan peserta BERSIH 3.0 terkejut lari ke tepi jalan.
Reaksi spontan akibat pemanduan itu, menyebabkan ada peserta BERSIH 3.0 menjadi marah hingga ada yang membaling botol plastik sambil menjerit meminta polis perlahankan kenderaan.
Kereta itu kemudian terbabas ke sebelah kanan, melanggar kaki lima dan pokok, sebelum merempuh tiga orang perserta BERSIH 3.0 yang berada di situ.
Seorang terpelanting ke tepi, seorang lagi tersepit badan di celah-celah bahagian enjin yang sedia kemek..
Bagaimanapun tidak pasti keadaan seorang lagi yang turut dilanggar berikutan suasana kelam kabut ketika itu.
Sebilangan peserta mengusung lelaki yang terpelanting ke ambulans sementara sebilangan lain membawa keluar seorang polis dari kereta itu.
Lelaki yang terpelanting itu cedera di mulut dan perut tetapi tidak pasti sejauh mana teruknya kecederaan mangsa.
Anggota polis itu kemudian dibawa ke ambulans sama dan pada masa itulah kereta dialih dengan menterbalikkannya untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit itu.
Ketika berbuat demikian, sebilangan anggota polis dilihat menuju ke tempat kejadian, menyebabkan ramai lari bertempiaran..
Apabila kembali ke situ, kereta sudah pun diterbalikkan dan sejumlah anggota polis pula sedang menangkap peserta yang memakai baju Bersih..
No comments:
Post a Comment