Kununnya durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 rupanya terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.
RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.
Felda memberikan dividen yang tertinggi di Negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.
Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun..
Apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik Felda Golden Vantures Holding Bhd (FGVH).
Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Kita ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVH yang disenaraikan..
Ini mengulas berhubung kununnya ‘durian runtuh’ sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan warga peneroka, di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang semalam.
Apa yang dipersoalkan kenapa durian runtuh yang dimaksudkan itu terlalu kecil, malah kita tidak bersetuju dengan jumlah itu.
Sepatutnya dengan hak yang dilepaskan oleh peneroka itu mereka seharusnya mendapat jumlah yang lebih besar daripada apa yang diberikan..
Jika dinilai dari RM15,000 untuk diagihkan kepada semua peneroka hanya melibatkan jumlah RM500 juta.Sedangkan pada awalnya jumlah pendapatan yang wajar diperolehi melalui durian runtuh sebanyak RM2 bilion.
Jadi kita nak tanya PM lahabau ini ke mana perginya wang sebanyak RM1.5 bilion lagi. Kenapa mereka hanya diberikan RM15,000 dan bukannya RM38,000 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?...
Sehubungan itu, kita menyifatkan durian runtuh hanya runtuhnya sebelah dahan sahaja, selebihnya tidak boleh dimakan.
No comments:
Post a Comment