11 May 2012

samseng berlesen bunuh geng sendiri....apa nak di herankan....kalau rakyat pun depa buli....kah kah kah....!!!!

Seorang anggota polis berpangkat Lans Korporal hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya bulan lepas.

Rosli Abu Hasan, 25, dituduh membunuh Konstabel Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, di pintu masuk utama Istana Anak Bukit di sini kira-kira pukul 5.45 petang pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd. Azhar Hamzah. Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Peguam P. Ashokumar yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dibenarkan untuk dijamin bagi membolehkannya menjalani rawatan mental.

Permohonan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali kerana kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada asasnya tidak boleh dijamin dan jika mahu membuat permohonan, ia perlu dilakukan di peringkat mahkamah lebih tinggi dan bukan di mahkamah rendah.

Ayu Rohaiza bersetuju supaya tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mohd. Azhar membenarkan permohonan untuk tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri tetapi tidak membenarkannya dijamin.

Beliau kemudiannya menetapkan 10 Jun untuk sebutan kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment